:: KRT TAMAN SEPADU ADALAH DI BAWAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL TERLETAK DI TASEK GELUGOR, PULAU PINANG ::
-"Ramadhan Diinsafi", "Merdeka diHayati"-
"Stiker Kenderaan Taman Sepadu dibuka untuk jualan, Tel:019-4484996 Kereta (RM5) Motosikal (RM3)"

Jumaat, 22 Julai 2011

SALAM RAMADHAN 1432 (H)/ 2011 (M)

  "Dapatkan Bubur Kanji Di Surau Taman Sepadu Selepas Solat Asar"



Warga KRT Taman Sepadu mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa. Semoga kita sihat sejahtera & dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna.


  "Jangan Lupa !!!"

Sumbangan moreh  RM 20.00 setiap keluarga.
Sumbangan berbuka puasa, sila rujuk AJK Qaryah untuk membuat tempahan.
Cadangan Majlis Berbuka Puasa 17hb. Ogos.2011
Tarikh Tutup Sumbangan : sebelum @ pada : 29hb. Julai. 2011.

Semoga kita dapat manfaatkan bulan yang mulia ini dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah diri kepada Allah s.w.t insyallah.

Niat Puasa Ramadhan :                                                                                                
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Buka Puasa :
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Ya Allah keranamu aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka.

“jika harta adalah racun maka zakat-lah penawarnya,,,
  jika umur adalah dosa maka taqwa-lah & taubat lah ubatnya,,,
  jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadhan-lah pembersihnya,
  Maaf Zahir Batin  &  Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Ikhlas : Warga KRT/ SRS & AJK

Jumaat, 15 Julai 2011

TALIAN KECEMASAN


Bila berlaku kecemasan tak kira apa sekalipun, kebakaran, kecurian, pecah rumah, DLL kita selalu panik, kadangkala kita utamakan pekara yang tak sepatutnya seperti contoh.. rumah di pecah masuk,
kita tunggu mak bapak balik dulu.. dan bukan bertindak menghubungi pihak berkuasa..

Kebiasaan bila berlaku kecemasan hanya 3 nombor dalam kepala kita iaitu 999, Inilah no yang biasa kita ingat selain no Balai Polis berdekatan. Kita selalu salah sangka 999 ini adalah satu talian terus dari pihak berkuasa seperti Polis dan Bomba, tapi sebenarnya kita salah, 999 ada satu talian dari telekom yang apabila di hubungi operatornya akan mengklasifikasikan jabatan mana perlu di sambung sama ada Polis, Bomba atau Pertahanan Awam. disebabkan 999 adalah bukan talian terus selalu menyebabkan operator salah maklum kawasan pihak berkuasa, misalan kejadian berlaku di Kepala Batas Penang, tapi dimaklumkan ke Kepala Batas Alor Setar.

Tujuan post sebenar post ini ialah utk memberitahu TALIAN TERUS pihak POLIS sekiranya sebarang kejadian jenayah berlaku dan dapat mengelak terus dari sebarang kejadian lebih teruk semasa talian.

KAWASAN PULAU PINANG
HOTLINE    604-2691999
SMS:    POLISPG 32728

BILIK GERAKAN   604-5759122
BALAI TASEK GELUGOR 604-5731200

Cara menggunakan talian2 tersebut:

Sebagai contoh :
Satu kejadian ragut telah berlaku di depan mata anda dan anda lihat mangsa dalam keadaan binggung/panik (keadaan biasa berlaku pada mangsa) perkara pertama anda buat, cuba catit/ ingat no m/sikal, jenis,
warna dan apa-apa yang anda cam saspek tersebut, hubungi Hotline secepat mungkin dan (Hotline tersebut adalah bilik gerakan tiap-tiap kontijen) jadi bilik gerakan terus akan keluarkan arahan mencari saspek
kepada kereta peronda paling hampir dengan kawasan tersebut, dan sekiranya anda tidak mahu menghubungi secara terus gunakan SMS tindakan sama akan di ambil.

Sekiranya anda hubungi 999, pihak 999 akan cuba kenal pasti kawasan mana kejadian, selepas itu operator akan sambungkan dengan no Hotline(Bilik Gerakan) yang aku bagi tadi dan tindakan baru akan di ambil, jadi jika anda hubungi 999 ada 2 tapisan perlu berlaku dan ini akan merugikan masa.

SMS, terpulang untuk anda sama ada mahu mendaftara atau tidak, kedua-dua boleh digunakan, 32728!! Susah nak ingat kan?? Sebenarnya tak pun.. Paling senang nak ingat, cuba kita taip D.A.P.A.T pada kekunci telefon kita... tu lah no 32728 , contoh penggunaan, sekiranya anda rasa ada penceroboh di dalam rumah anda dan anda sedang bersembunyi di dalam rumah, anda takut kalau hubungi polis akan di dengar, inilah gunanya SMS, SMS polis alamat dan sebagainya, pihak bilik gerakan akan minta peronda terdekat untuk periksa alamat yang di berikan.....

LANGKAH KENAL JIRAN


Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Selasa, 12 Julai 2011

CEGAH JENAYAH - KEJIRANAN (RUKUN TETANGGA)

KEJIRANAN (RUKUN TETANGGA)

Rukun Tetangga adalah program kejiranan bagi membuat kawalan ke atas rumah dan hartabenda antara satu sama lain bagi mengawal jenayah pecah rumah, kecurian dan rompakan.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI ?

Program ini dilaksanakan bagi membantu sesama jiran. Jiran anda kenal siapa anda, kereta yang anda pandu dan boleh jadi mereka jugalah yang akan mula-mula nampak penyamun di kereta, bumbung, tingkap atau pintu rumah anda. Setiap jiran boleh memainkan peranan masing-masing dengan melihat rumah-rumah disekeliling mereka dari depan, belakang atau sisi rumah.

BAGAIMANA MEMBENTUK PROGRAM INI ?

Hubungi balai polis berhampiran tempat tinggal anda. Mereka akan bantu membentuk satu pelan komuniti. Bagi memastikan program ini berjaya dan berkesan, setiap penduduk mesti mengambil peranan yang aktif dalam menambaik baik tahap keselamatan dan pengawasan.


Jika anda melihat atau mensyaki sesuatu:
Catatkan rupa orang yang disyaki. Dapatkan  maklumat kenderaan seperti jenis kenderaan, nombor plet. Hubungi polis dan rakan-rakan Rukun Tetangga anda dengan segera.

Jika anda keluar rumah untuk tempoh yang lama:

Tinggalkan maklumat berikut kepada teman rapat atau jiran:

    * Kemana destinasi anda
    * Bagaimana anda boleh dihubungi semasa kecemasan
    * Bila anda akan pulang
    * Jikalau ada sesiapa yang akan berada di kawasan rumah anda (tukang kebun, pemotong rumput)
    * Tinggalkan kunci pada jiran anda

Perkara lain yang boleh dilakukan:

Jika jiran anda tiada di rumah dan anda terlihat sesuatu yang boleh memberi peluang kepada penyamun, tolong perbetulkan perkara atau situasi tersebut:
    *  Perhatikan orang yang tidak dikenali di dalam kawasan kejiranan anda. 
        Jurujual atau penghantar surat boleh mengambil kesempatan apabila tiada jawapan dari loceng rumah     
    *  Orang yang melalui jalan pintas (short-cut) di belakang rumah mungkin telah memasuki rumah jiran   
         anda.  Jangan fikir orang lain mungkin telah menghubungi polis. Hubungi polis dengan segera.
    *  Catatkan nombor plet kenderaan dan rupa orang yang tidak dikenali jika anda mengesyaki  kenderaan   
        yang diletakkan dihadapan rumah jiran anda dalam keadaan mencurigakan.

Khamis, 7 Julai 2011

PENYERAHAN BORANG SRS


Salam Perpaduan
Kepada semua Ahli Jawatankuasa INDUK
Rukun Tetangga Taman Sepadu.

Rukun Tetangga Taman Sepadu telah memaklumkan kepada semua AJK pergi dari rumah ke rumah bagi mendapatkan maklumbalas penduduk dan mengutip borang keahlian SRS.

Sebanyak 800 borang telah dikeluarkan dan dihantar dari rumah ke rumah namun ramai yang masih menangguh dan gagal menyerahkan borang kepada pihak Rukun Tetangga Taman Sepadu.

Atas inisiatif ini, pihak Rukun Tetangga telah mengarahkan Ahli untuk medapatkan semula borang ahli dengan kadar segera.

Kerjasama dari anda amatlah diharapkan.


-MASYARAKAT CEMERLANG, JIRAN GEMILANG-

Ahad, 3 Julai 2011

SUDAHKAH ANDA MENGHANTAR BORANG KEAHLIAN ?


Salam Perpaduan
Kepada semua Ahli Jawatankuasa INDUK
Rukun Tetangga Taman Sepadu.

Terima Kasih atas kehadiran anda ke Mesyuarat AJK pada 3hb, Julai.2011 & Selamat Datang kepada Ahli baru SRS bagi tahun 2011.

Untuk maklumat tuan-tuan, setiap ahli dilindungi insuran 24 jam.

AJK Jalan & Lorong sila maklumkan kepada semua penduduk untuk menyerahkan borang keahlian dalam waktu terdekat. Ini untuk melicinkan pihak SRS menyusun jadual giliran & tugas rondaan semasa.


Kerjasama dari anda amatlah diharapkan.


-MASYARAKAT CEMERLANG, JIRAN GEMILANG-

Sabtu, 2 Julai 2011

MESYUARAT JK INDUK SRS

Kepada semua penduduk Taman Sepadu Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Anda dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk SRS

Tarikh :  03-07-2011
Hari    : Ahad
Masa  : 9:30pm-11:00 pm
Tempat : Dewan Taman Sepadu

Sila war-warkan kepada semua penduduk & jiran anda.
Terima Kasih

-MASYARAKAT CEMERLANG, JIRANG GEMILANG-

INSURAN LINDUNGI AHLI SRS


Ahli Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) tidak perlu bimbang mengenai kebajikan mereka kerana mereka dilindungi insurans yang diuruskan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Perlindungan insurans ini meliputi kematian, kemalangan dan bantuan keperluan harian yang akan melindungi ahli  RT dan SRS setiap masa. (24 Jam dilindungi)

Setiap ahli RT dan SRS akan mendapat perlindungan keselamatan diri yang akan diuruskan JPNIN bagi memastikan kebajikan mereka terbela dan ahli keluarga mendapat bantuan sewajarnya.

“Walaupun ramai masyarakat yang menganggap penubuhan RT dan aktiviti SRS ini adalah secara sukarela namun pada hakikatnya  kebajikan ahli dan waris dijaga sekiranya berlaku kehilangan nyawa dan kemalangan.

“Sememangnya kita akui kerja RT dan SRS ini tidak mempunyai gaji mahupun elaun yang diberikan namun ahli RT dan SRS akan tetap mendapat perlindungan insurans yang akan diuruskan jabatan JPNIN.

RT dan SRS sentiasa mementingkan sumbangan masyarakat dengan nilai perpaduan tanpa mengira tempat dan bangsa kerana apa yang paling utama ialah perpaduan.

Berikut adalah laporan & tuntutan insuran kemalangan melalui insuran kelompok AJK RT/ SRS bagi negeri Selangor untuk rujukan anda.

BIL NAMA KRT KEMALANGAN TUNTUTAN JUMLAH
1 Zakarian
B. Basiron
KRT Seksyen 5
Hulu Langat
Kemalangan
Jalanraya
Meninggal
Dunia
RM18000
2 Fahrizul
B. Sarjuni
KRT Parit Baru
Sabak Bernam
Kemalangan
Jalanraya
Meninggal
Dunia
RM18000
3 Md Jailani
B. Nasir
KRT Zon C
(Dahlia Apartment)
Terjatuh Dari
Bumbung
Cedera RM103
4 Muhammad Noor
B. Borhan
KRT Zon B
Taman Putra Perdana
Terjatuh
Bersukan
Cedera RM40
5 Thanaletchumy
A/P P.Alagirisamy
KRT SS19/A
Subang Jaya
Dihempap
Kipas
Cedera RM500

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Takaful Ihklas di www.takaful-ihklas.com.my

- MASYARAKAT CEMERLANG, JIRAN GEMILANG -