:: KRT TAMAN SEPADU ADALAH DI BAWAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL TERLETAK DI TASEK GELUGOR, PULAU PINANG ::
-"Ramadhan Diinsafi", "Merdeka diHayati"-
"Stiker Kenderaan Taman Sepadu dibuka untuk jualan, Tel:019-4484996 Kereta (RM5) Motosikal (RM3)"

Ahad, 14 Ogos 2011

HATI2 DGN KEHADIRAN PEG.KESIHATAN & AGENSI LAIN

PERHATIAN :  Kpd semua penduduk Kepala Batas am nya.
(terutama kepada surirumah yang tidak bekerja). Berhati-hati terhadap 2 - 4 orang (Lelaki Melayu) menyamar sebagai pegawai kesihatan dan agensi lain kerana melakukan SAMUN di kawasan Kepala Batas. 5 Kes telah berlaku. Suspek bersenjatakan Parang.

Tolong hebahkan kepada Jiran-Jiran demi kesejahteraan bersama.

Sumber Komuniti Seberang Perai.

Rabu, 3 Ogos 2011

TAHUKAH ANDA

Jika anda menjerit terus menerus selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, tenaga yang anda keluarkan akan cukup untuk memanaskan secawan kopi.

Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun 9 bulan, anda akan menghasilkan gas yang cukup untuk menciptakan tenaga yang diperlukan dalam membuat bom atom.

Semua beruang kutub adalah kidal.

Seekor kutu mampu melompat sejauh 350 kali panjang badannya. Kira- kira sama dengan seorang manusia melompat sejauh padang sepak bola.

Alat perasa pada kupu-kupu adalah kakinya.

Lebah tidak memiliki telinga.

Seekor semut dapat membawa benda seberat 10 kali berat badannya

Seekor orang utan jantan mempunyai kekuatan 4 kali lelaki dewasa

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

KETAHUI PENYAKIT VERTIGO

Mabuk Laut?

Pernahkah anda tiba-tiba terasa persekitaran anda seperti berpusing, hilang keseimbangan, terasa pening dan seolah-olah hampir pitam? Atau anda mengalami gejala ‘mabuk laut’ tanpa sebab? Meskipun perkara ini berlaku hanya seketika, ia boleh menjejaskan kerja harian anda.

Ini yang terjadi kepada seorang teman ketika dalam perjalanan balik ke pejabat selepas temujanji dengan pelanggan.

Katanya, ia berlaku secara tiba-tiba yang menyebabkan dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada pemanduan dan terpaksa memberhentikan kereta serta menyebabkan sedikit kesesakan jalan raya.

Menurut Perunding Bedah Telinga Hidung Tekak, Leher dan Kepala; Hospital Sungai Buloh, Dr Balachandran Appoo, apa yang berlaku kepada teman penulis ini dipanggil vertigo, iaitu keadaan apabila seseorang hilang keseimbangan dan merasakan dunia di sekelilingnya berpusing.

Bagi yang tidak pernah mengalami perkara ini, tentu ketika kecil anda pernah menyertai permainan di mana mata anda ditutup dan badan dipusingkan beberapa kali. Apabila berhenti dan penutup mata dibuka, anda berasa pening dan seperti hendak jatuh. Keadaan inilah yang dipanggil vertigo.

Vertigo adalah perkara yang boleh dikatakan lazim dan berlaku pada dua hingga tiga peratus penduduk. Jumlahnya mungkin lebih tinggi kerana ramai tidak tahu atau tidak pernah mendengar mengenai masalah ini.

Dr Balachandran berkata, kini kes vertigo semakin meningkat disebabkan gaya hidup moden. Namun tidak ramai yang datang mendapatkan nasihat atau bantuan doktor kerana bimbang gejala itu menandakan penyakit lain seperti kanser. Bagi yang tahu pula enggan mendapatkan rawatan.

Siapa yang boleh mendapat vertigo? Sesiapa saja. Semua orang boleh mengalami vertigo, termasuk kanak-kanak. Vertigo berlaku apabila kita hilang keseimbangan. Keseimbangan kita dikawal oleh tiga komponen iaitu:

Penglihatan (70 peratus) — Untuk keseimbangan, kita akan memfokuskan penglihatan pada satu objek. Ini yang biasanya dilakukan apabila kita ada di laut yang luas terbentang. Untuk mengelak mabuk laut, kita mencari satu objek sebagai titik fokus pandangan.

Anda juga mungkin pernah mendengar rakan atau ahli keluarga yang rabun mengadu pening kepala apabila tidak memakai cermin mata atau kanta sentuh. Ini berlaku kerana mata mereka tidak dapat fokus pada satu-satu objek dengan baik dan semua yang dilihat kelihatan kabur. Lama kelamaan dia berasa pening akibat hilang keseimbangan.

Sensasi sendi (15 peratus) — Apabila kita menutup mata atau berjalan dalam gelap, kita menggunakan deria sentuh dan sendi sebagai ‘alat’ untuk menseimbangkan badan.

Telinga dalam (15 peratus) — Walaupun sangat kecil, telinga dalam memainkan fungsi penting untuk memastikan keseimbangan badan. Sebarang halangan, trauma atau jangkitan pada telinga dalam boleh menjejaskan keseimbangan. Telinga dalam membolehkan badan mengesan posisi dan mengekalkan keseimbangan.

“Vertigo tidak sama dengan pening kerana vertigo merujuk kepada pergerakan persekitaran ilusi (bukan benar-benar berlaku) dan biasanya ia hanya seketika. Pening bukan vertigo tetapi apabila seseorang mengalami vertigo, dia boleh berasa pening.

“Pitam juga bukan vertigo tetapi individu yang mengalami vertigo kadangkala boleh pitam. Biasanya apabila vertigo berlaku, seseorang itu berasa sangat tidak selesa, mual dan kadangkala boleh muntah,” katanya.

Banyak perkara boleh menyebabkan vertigo, antaranya:
Penglihatan terjejas
Masalah telinga

Perubahan suhu secara mendadak pada telinga (peningkatan atau penurunan suhu sebanyak empat darjah Celsius boleh menyebabkan vertigo). Ia boleh berlaku jika doktor mahu membersihkan telinga seseorang dan menyemburkan air sejuk pada sebelah telinga. Untuk mengelak pesakit mengalami vertigo, kini doktor menggunakan air pada suhu badan (37° Celsius).

Trauma akut, sama ada getaran atau bunyi yang terlalu kuat sehingga menggegarkan telinga. Perkara sama sebenarnya berlaku apabila seseorang mengalami ‘mabuk laut’ atau ‘mabuk pergerakan’ ketika menaiki bot atau kenderaan. Ia biasanya berlaku pada individu yang mempunyai telinga tengah yang sensitif terhadap pergerakan beralun, bergerak dan berhenti secara mendadak.

Jangkitan bakteria atau virus yang menyebabkan bengkak pada membran (selaput) telinga dalam. Masalah ini boleh mengakibatkan seseorang hilang keseimbangan dan biasanya jangkitan ini mengambil masa untuk sembuh.

Gegendang telinga tercedera atau terkoyak.
Kesan sampingan sesetengah jenis ubat.
Pengambilan alkohol yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan vertigo sementara.

Penyakit seperti kanser atau ketumbuhan pada otak juga boleh membuatkan seseorang mengalami vertigo. Secara umumnya kanser dan ketumbuhan otak tidak menyebabkan vertigo, tetapi pesakit boleh hilang keseimbangan jika berlaku pendarahan secara tiba-tiba.

Sejarah keluarga. Dianggarkan kira-kira 15 peratus individu yang mengalami vertigo mempunyai sejarah keluarga mendapat gangguan ini.

Penyakit Meniere iaitu gangguan pada telinga dalam yang menyebabkan seseorang mengalami beberapa episod vertigo. Penyakit ini boleh disebabkan jangkitan virus, kecederaan atau alahan. Namun dalam kebanyakan kes, puncanya tidak diketahui.

Idiopatik iaitu puncanya tidak diketahui. Contohnya ialah vertigo posisi paroksimal benigna (BPPV). BPPV ialah vertigo paling lazim disebabkan perubahan kedudukan (posisi) kepala. Biasanya ia berlaku apabila seseorang baring, bangun, mengubah kedudukan di atas katil atau mendongakkan kepala. Bagaimanapun, vertigo jenis ini tidak berbahaya dan hanya seketika iaitu kurang daripada satu minit.

Gejala
Dr Balachandaran berkata, serangan vertigo pada setiap orang tidak sama. Ada yang sekejap saja dan apa pula yang berlanjutan sehingga beberapa minit atau jam. Gejala dialami mungkin berbeza mengikut punca vertigo. Namun secara umumnya seseorang itu boleh mengalami:

- Berasa dunia di sekelilingnya seolah-olah berpusing
- Tidak selesa dan tidak berdaya
- Pening, mual dan boleh muntah
- Pitam
- Berpeluh
- Sukar atau tidak boleh berjalan dan memandu

Bagi individu yang mengalami penyakit Meniere, dia mungkin mendengar bunyi deringan (tinnitus), telinga terasa penuh atau pendengaran terjejas pada sebelah telinga.

Individu ini boleh mengalami satu atau beberapa episod vertigo yang berlarutan dari beberapa minit ke beberapa jam.

Individu yang mendapat jangkitan telinga dalam pula berasa sangat mual dan menjadi bertambah teruk jika menggerakkan kepala atau mengalih pandangan.

Apa perlu dilakukan?
Pengetahuan mengenai vertigo sangat penting. Oleh kerana ia membabitkan masalah atau gangguan pada keseimbangan, anda perlu berhenti segera apa yang sedang dilakukan.

Ini sangat penting, terutama jika memandu atau mengendalikan mesin, kerana ia bukan saja boleh membahayakan nyawa anda, bahkan orang lain.

Berhenti dan cepat-cepat berehat. Biasanya serangan vertigo hilang selepas anda berehat. Bagaimanapun, Dr Balachandran mengingatkan supaya anda tidak menyambung pekerjaan sejurus selepas berasa lebih baik kerana ia adalah tindakan berbahaya.

“Dalam kebanyakan kes, vertigo akan hilang dengan berehat tetapi apabila bergerak, anda akan mengalami rasa pening dan berasa tidak stabil. Ini sebabnya jika anda memandu, minta kawan menggantikan tempat anda. Lebih baik jika dapat berehat (berhenti) lebih lama sehingga anda berasa lebih baik untuk meneruskan perjalanan,” katanya.

Jika anda mengalami vertigo, antara perkara penting yang perlu dilakukan ialah mengingati semua perkara ketika kejadian seperti:

- Apa yang menyebabkan ia terjadi?
- Apa yang membuatkan anda berasa lebih baik?
- Berapa lama serangan berlaku?
- Adakah ia berulang atau hanya sekali saja?
- Adakah anda juga mendengar deringan pada sebelah telinga, telinga berasa ‘penuh’ atau pendengaran terjejas?

Jika serangan vertigo tidak berhenti, pesakit dinasihatkan supaya segera ke hospital kerana ia akan membuatkan mereka tidak berdaya dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Apabila di hospital, pesakit akan disuruh berehat secukupnya dan berbaring dalam keadaan selesa mengikut keadaan mereka ketika itu.

Jururawat atau doktor tidak seharusnya cuba mengubah posisi pesakit, terutama kepala, kerana ia hanya membuatkan pesakit lebih ‘terseksa’. Pesakit dibiarkan berehat dalam keadaan selesa supaya mereka berasa ‘selamat’. Pada ketika ini pesakit perlu ditemani dan tidak ditinggalkan sendirian kerana ada kemungkinan mereka akan jatuh apabila cuba bangun.

“Hanya selepas itu iaitu apabila pesakit mendapat cukup rehat dan stabil, baru doktor membuat analisis terhadap masalah vertigo mereka. Selain diberi ubat, pesakit juga secara perlahan-lahan digerakkan dengan bantuan pakar fisioterapi. Mereka juga diajar teknik senaman dipanggil rehabilitasi vestibular yang dapat mengurangkan gejala vertigo.

“Antara senaman yang boleh dilakukan ialah dengan duduk tegak dan melihat objek jauh, diikuti objek dekat berulang ulang secara perlahan-lahan. Cara lain ialah melihat objek di sebelah kiri, berpindah ke objek di depan dan ke kanan. Senaman ini boleh membantu pesakit berasa lebih stabil dan mengembalikan keseimbangan mereka,” katanya.

Bila perlu berjumpa doktor?
Apabila anda mengalami vertigo, minta bantuan kawan atau ahli keluarga membawa anda berjumpa doktor. Walaupun dalam kebanyakan kes vertigo akan hilang dalam tempoh singkat, lebih baik anda berjumpa doktor untuk lebih memahami masalah ini dan belajar apa perlu dilakukan jika ia berulang.

Namun anda perlu segera dibawa berjumpa doktor jika:

- Sakit kepala
- Objek yang dilihat kelihatan berganda
- Lemah
- Sukar bercakap
- Pergerakan mata yang tidak normal
- Sukar berjalan atau mengawal tangan dan kaki

Oleh kerana mabuk perjalanan juga boleh menyebabkan vertigo, beberapa perkara boleh dilakukan untuk mengelakkannya:

Pilih tempat duduk paling kurang gegaran seperti tempat duduk depan atau tepi tingkap (kereta atau bas), dekat sayap (kapal terbang) atau dek tengah dan atas bagi kapal.

Pastikan kepala dan badan tidak banyak bergerak.

Duduk tegak, muka pandang ke hadapan dan bersandar.

Tumpukan pandangan ke depan pada satu objek yang tidak bergerak.

Jangan membaca dalam kenderaan.

Dapatkan udara segar dengan membuka tingkap kereta atau bas. Jika di dalam kapal, pergi ke dek atas.

Jangan minum minuman beralkohol dan merokok kerana kedua-duanya membuatkan anda berasa lebih loya. Orang lain (dalam kereta contohnya) juga mesti tidak merokok kerana ia turut mempengaruhi individu berkenaan (yang dikategorikan sebagai perokok sekunder) dan asap rokok membuatkan dia loya.

Makan sedikit makanan rendah lemak dan berkanji. Elak makanan berbau kuat atau terlalu berperisa (berempah dan pedas).

Usah makan jika anda menaiki penerbangan jarak pendek.

Bagi individu yang kerap mengalami masalah mabuk laut, ambil ubat sebelum memulakan perjalanan.

Rawatan dan penjagaan
Beberapa ubat digunakan untuk mengatasi serangan vertigo bergantung kepada punca masalah. Ubat ini untuk memberi ‘khasiat’ kepada telinga dalam dan menstabilkan saraf.

Bagaimanapun, ubat ini perlu diambil untuk satu jangka masa panjang kerana sekali seseorang itu mendapat serangan vertigo, risiko mengalaminya lagi sentiasa ada.

Pada masa sama, individu yang pernah mengalami serangan vertigo perlu mengubah gaya hidup dengan menjaga kesihatan secara keseluruhan, mengawal penyakit (jika menghidap penyakit kronik seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi) dan kerap melakukan senaman mengikut keupayaan masing-masing.

Namun paling penting ialah mengelak terbabit dalam senaman atau aktiviti agresif dan lasak.

Malah, individu yang mempunyai pekerjaan berisiko tinggi (seperti pemandu, pengendali mesin di kilang) juga disaran sentiasa berhati-hati dan peka pada perubahan diri sendiri.

Gejala
- Berasa dunia di sekelilingnya seolah-olah berpusing
- Tidak selesa dan tidak berdaya
- Pening, mual dan boleh muntah
- Pitam
- Berpeluh
- Sukar atau tidak boleh berjalan dan memandu

Bagi individu yang mengalami penyakit Meniere, dia mungkin mendengar bunyi deringan (tinnitus), telinga terasa penuh atau pendengaran terjejas pada sebelah telinga.

Individu yang mendapat jangkitan telinga dalam pula berasa sangat mual dan menjadi bertambah teruk jika menggerakkan kepala atau mengalih pandangan.

Elak vertigo
Pilih tempat duduk paling kurang gegaran seperti tempat duduk depan atau tepi tingkap (kereta atau bas), dekat sayap (kapal terbang) atau dek tengah dan atas bagi kapal.

Pastikan kepala dan badan tidak banyak bergerak.

Duduk tegak, muka pandang ke hadapan dan bersandar.

Tumpukan pandangan ke depan pada satu objek yang tidak bergerak.

Jangan membaca dalam kenderaan.

Dapatkan udara segar dengan membuka tingkap kereta atau bas. Jika di dalam kapal, pergi ke dek atas.

Jangan minum minuman beralkohol dan merokok kerana kedua-duanya membuatkan anda berasa lebih loya. Orang lain (dalam kereta contohnya) juga mesti tidak merokok kerana ia turut mempengaruhi individu berkenaan (yang dikategorikan sebagai perokok sekunder) dan asap rokok membuatkan dia loya.

Makan sedikit makanan rendah lemak dan berkanji. Elak makanan berbau kuat atau terlalu berperisa (berempah dan pedas).

Usah makan jika anda menaiki penerbangan jarak pendek.

Bagi individu yang kerap mengalami masalah mabuk laut, ambil ubat sebelum memulakan perjalanan.

Sumber dari Harian Metro

Cara Rasulullah Mengelak & Menyembuh Penyakit

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

INFO KESIHATAN

Jenis Plastik

Did you ever drink from a plastic bottle and see a triangle symbol on the bottom with a number inside?


 


 

Do you know what the number stands for?
Did you guess that it's just for recycling?
Then you are WRONG !!!!!!
THE NUMBER TELLS YOU THE CHEMICAL MAKE UP OF THE PLASTIC.....

1) Polyethylene terephalate (PET)
2) High density polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4) Low density polyethylene LDPE
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)
7) Other, including nylon and acrylic

What you aren't told is that many of the plastics used are toxic and the chemicals used to create a plastic can leach out of the plastic and into the food / drink.
Think about it, how many times have you or a friend said "I don't like this, it taste like the plastic bottle ..... "
THAT'S BECAUSE YOU ARE TASTING THE PLASTIC
The WORST ONES are Nos: 3, 6, and 7 !!!
DO NOT USE THESE NUMBERS if stated at the bottom of the bottle)

Check out this chart that breaks down the plastic, its uses and chemical makeup
(I find 7 a little scary)
http://www.epd.gov.hk/epd/english/environmentinhk/waste/guide_ref/guide_plascod3.html

Reusing plastic bottles by refilling them is NOT a good idea. WATCH THIS VIDEO:
http://video.wnbc.com/player/?id=238518

Microwaving plastic containers affects the chemical make up of the plastic, allowing the chemical substances to destabilize and leach out more quickly into the food you are reheating. You can check out this article that ran in the Wall Street Journal:
http://www.mindfully.org/Plastic/Microwave-Health-Problems.htm

EVEN one of my favorite "RUMOR DEBUNKING" websites, URBANLEGENDS.ABOUT.COM

Lists the information as: overblown with a grain of TRUTH
READ the FULL 3 pages of the article!
http://urbanlegends.about.com/library/bl-microwave-dioxin.htm
Bahaya : Botol Plastik dalam kereta

Air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : jangan meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaiknya gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Jumaat, 22 Julai 2011

SALAM RAMADHAN 1432 (H)/ 2011 (M)

  "Dapatkan Bubur Kanji Di Surau Taman Sepadu Selepas Solat Asar"



Warga KRT Taman Sepadu mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa. Semoga kita sihat sejahtera & dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna.


  "Jangan Lupa !!!"

Sumbangan moreh  RM 20.00 setiap keluarga.
Sumbangan berbuka puasa, sila rujuk AJK Qaryah untuk membuat tempahan.
Cadangan Majlis Berbuka Puasa 17hb. Ogos.2011
Tarikh Tutup Sumbangan : sebelum @ pada : 29hb. Julai. 2011.

Semoga kita dapat manfaatkan bulan yang mulia ini dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah diri kepada Allah s.w.t insyallah.

Niat Puasa Ramadhan :                                                                                                
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Buka Puasa :
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Ya Allah keranamu aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka.

“jika harta adalah racun maka zakat-lah penawarnya,,,
  jika umur adalah dosa maka taqwa-lah & taubat lah ubatnya,,,
  jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadhan-lah pembersihnya,
  Maaf Zahir Batin  &  Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Ikhlas : Warga KRT/ SRS & AJK

Jumaat, 15 Julai 2011

TALIAN KECEMASAN


Bila berlaku kecemasan tak kira apa sekalipun, kebakaran, kecurian, pecah rumah, DLL kita selalu panik, kadangkala kita utamakan pekara yang tak sepatutnya seperti contoh.. rumah di pecah masuk,
kita tunggu mak bapak balik dulu.. dan bukan bertindak menghubungi pihak berkuasa..

Kebiasaan bila berlaku kecemasan hanya 3 nombor dalam kepala kita iaitu 999, Inilah no yang biasa kita ingat selain no Balai Polis berdekatan. Kita selalu salah sangka 999 ini adalah satu talian terus dari pihak berkuasa seperti Polis dan Bomba, tapi sebenarnya kita salah, 999 ada satu talian dari telekom yang apabila di hubungi operatornya akan mengklasifikasikan jabatan mana perlu di sambung sama ada Polis, Bomba atau Pertahanan Awam. disebabkan 999 adalah bukan talian terus selalu menyebabkan operator salah maklum kawasan pihak berkuasa, misalan kejadian berlaku di Kepala Batas Penang, tapi dimaklumkan ke Kepala Batas Alor Setar.

Tujuan post sebenar post ini ialah utk memberitahu TALIAN TERUS pihak POLIS sekiranya sebarang kejadian jenayah berlaku dan dapat mengelak terus dari sebarang kejadian lebih teruk semasa talian.

KAWASAN PULAU PINANG
HOTLINE    604-2691999
SMS:    POLISPG 32728

BILIK GERAKAN   604-5759122
BALAI TASEK GELUGOR 604-5731200

Cara menggunakan talian2 tersebut:

Sebagai contoh :
Satu kejadian ragut telah berlaku di depan mata anda dan anda lihat mangsa dalam keadaan binggung/panik (keadaan biasa berlaku pada mangsa) perkara pertama anda buat, cuba catit/ ingat no m/sikal, jenis,
warna dan apa-apa yang anda cam saspek tersebut, hubungi Hotline secepat mungkin dan (Hotline tersebut adalah bilik gerakan tiap-tiap kontijen) jadi bilik gerakan terus akan keluarkan arahan mencari saspek
kepada kereta peronda paling hampir dengan kawasan tersebut, dan sekiranya anda tidak mahu menghubungi secara terus gunakan SMS tindakan sama akan di ambil.

Sekiranya anda hubungi 999, pihak 999 akan cuba kenal pasti kawasan mana kejadian, selepas itu operator akan sambungkan dengan no Hotline(Bilik Gerakan) yang aku bagi tadi dan tindakan baru akan di ambil, jadi jika anda hubungi 999 ada 2 tapisan perlu berlaku dan ini akan merugikan masa.

SMS, terpulang untuk anda sama ada mahu mendaftara atau tidak, kedua-dua boleh digunakan, 32728!! Susah nak ingat kan?? Sebenarnya tak pun.. Paling senang nak ingat, cuba kita taip D.A.P.A.T pada kekunci telefon kita... tu lah no 32728 , contoh penggunaan, sekiranya anda rasa ada penceroboh di dalam rumah anda dan anda sedang bersembunyi di dalam rumah, anda takut kalau hubungi polis akan di dengar, inilah gunanya SMS, SMS polis alamat dan sebagainya, pihak bilik gerakan akan minta peronda terdekat untuk periksa alamat yang di berikan.....

LANGKAH KENAL JIRAN


Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Selasa, 12 Julai 2011

CEGAH JENAYAH - KEJIRANAN (RUKUN TETANGGA)

KEJIRANAN (RUKUN TETANGGA)

Rukun Tetangga adalah program kejiranan bagi membuat kawalan ke atas rumah dan hartabenda antara satu sama lain bagi mengawal jenayah pecah rumah, kecurian dan rompakan.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI ?

Program ini dilaksanakan bagi membantu sesama jiran. Jiran anda kenal siapa anda, kereta yang anda pandu dan boleh jadi mereka jugalah yang akan mula-mula nampak penyamun di kereta, bumbung, tingkap atau pintu rumah anda. Setiap jiran boleh memainkan peranan masing-masing dengan melihat rumah-rumah disekeliling mereka dari depan, belakang atau sisi rumah.

BAGAIMANA MEMBENTUK PROGRAM INI ?

Hubungi balai polis berhampiran tempat tinggal anda. Mereka akan bantu membentuk satu pelan komuniti. Bagi memastikan program ini berjaya dan berkesan, setiap penduduk mesti mengambil peranan yang aktif dalam menambaik baik tahap keselamatan dan pengawasan.


Jika anda melihat atau mensyaki sesuatu:
Catatkan rupa orang yang disyaki. Dapatkan  maklumat kenderaan seperti jenis kenderaan, nombor plet. Hubungi polis dan rakan-rakan Rukun Tetangga anda dengan segera.

Jika anda keluar rumah untuk tempoh yang lama:

Tinggalkan maklumat berikut kepada teman rapat atau jiran:

    * Kemana destinasi anda
    * Bagaimana anda boleh dihubungi semasa kecemasan
    * Bila anda akan pulang
    * Jikalau ada sesiapa yang akan berada di kawasan rumah anda (tukang kebun, pemotong rumput)
    * Tinggalkan kunci pada jiran anda

Perkara lain yang boleh dilakukan:

Jika jiran anda tiada di rumah dan anda terlihat sesuatu yang boleh memberi peluang kepada penyamun, tolong perbetulkan perkara atau situasi tersebut:
    *  Perhatikan orang yang tidak dikenali di dalam kawasan kejiranan anda. 
        Jurujual atau penghantar surat boleh mengambil kesempatan apabila tiada jawapan dari loceng rumah     
    *  Orang yang melalui jalan pintas (short-cut) di belakang rumah mungkin telah memasuki rumah jiran   
         anda.  Jangan fikir orang lain mungkin telah menghubungi polis. Hubungi polis dengan segera.
    *  Catatkan nombor plet kenderaan dan rupa orang yang tidak dikenali jika anda mengesyaki  kenderaan   
        yang diletakkan dihadapan rumah jiran anda dalam keadaan mencurigakan.