:: KRT TAMAN SEPADU ADALAH DI BAWAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL TERLETAK DI TASEK GELUGOR, PULAU PINANG ::
-"Ramadhan Diinsafi", "Merdeka diHayati"-
"Stiker Kenderaan Taman Sepadu dibuka untuk jualan, Tel:019-4484996 Kereta (RM5) Motosikal (RM3)"

Isnin, 23 Mei 2011

INSENTIF PERLEPASAN CUKAI & PERLINDUNGAN INSURAN KPD AHLI SRS



Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional hari ni mencadangkan agar pelepasan cukai diberikan kepada syarikat swasta untuk kes apabila mereka memberikan cuti separuh hari kepada kakitangan syarikat yang menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Ini merupakan satu insentif atau galakan kepada syarikat swasta untuk membantu masyarakat dalam menghasilkan persekitaran yang selamat di taman atau di kawasan perumahan. Selain itu ini akan menarik minat peserta atau sukarela untuk menyertai skim rondaan tersebut.

Perlindungan insuran juga dicadangkan kepada peserta sukarela. Sebenarnya, SRS adalah salah satu cabang dalam organisasi Rukun Tetangga (RT). Kita sebagai rakyat Malaysia memang perlu mengikuti program seperti ini supaya penjenayah tidak mendapat peluang untuk melakukan jenayah.
Semoga negara kita selamat sentiasa..

PELEPASAN CUKAI - UNTUK SYARIKAT SWASTA SERTAI SRS

PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) -- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mencadangkan supaya diberikan insentif seperti pelepasan cukai kepada syarikat swasta yang memberikan cuti separuh hari kepada kakitangan mereka yang menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata selain sebagai satu galakan kepada syarikat swasta, pemberian insentif itu juga dilihat mampu menarik minat lebih ramai lagi menyertai skim itu selain memastikan keberkesanannya.

"Perbincangan sedang dibuat dengan pihak perbendaharaan kerana selain perlindungan insuran, pemberian insentif itu juga dilihat perlu," katanya pada majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang jabatan itu di sini Selasa.

Koh berkata SRS adalah satu cabang di dalam sesuatu organisasi Rukun Tetangga (RT) dan setakat ini terdapat 2,465 pasukan SRS di seluruh negara dengan keanggotaan 123,300 orang.

Selain itu, katanya, dalam usaha untuk memantapkan lagi fungsi RT, pemimpin RT akan diberikan latihan secukupnya, justeru itu jabatan mensasarkan setiap tahun sekurang-kurangnya 400 orang pengantara dilahirkan dan sehingga April tahun ini seramai 298 pengantara berjaya diwujudkan.

Sumber : Bernama