:: KRT TAMAN SEPADU ADALAH DI BAWAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL TERLETAK DI TASEK GELUGOR, PULAU PINANG ::
-"Ramadhan Diinsafi", "Merdeka diHayati"-
"Stiker Kenderaan Taman Sepadu dibuka untuk jualan, Tel:019-4484996 Kereta (RM5) Motosikal (RM3)"

Rabu, 30 Mac 2011

SOLAT SUNAT TAHIYAT

Mengenai Solat Tahiyatul Masjid di Dewan Islam



Seperti yang kita sedia maklum, Masjid Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah dipindahkan sementara  ke Dewan Islam Taman Sepadu Tasek Gelugor bagi memberi laluan kerja-kerja ubah suai Masjid yang baru.

Justeru itu ramai komuniti setempat datang berjemaah solat fardhu & solat Jumaat.

Memandangkan ramai jemaah yang hadir ketika solat Jumaat. Imam Masjid & Majlis Fatwa Pulau Pinang telah sepakat mengeluarkan Fatwa bahawa jemaah tidak perlu melakukan solat tahiyatul masjid di Dewan Islam.

Ini adalah kerana bangunan ini dipinjamkan sementara dan bukannya surau ataupun masjid.

Diharap ahli jemaah dapat mewar-warkan  maklumat ini kepada jemaah yang lain insyallah


- SEMBAHYANGLAH KAMU DIBELAKANG IMAM, SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGI DIHADAPAN IMAM-




Selasa, 29 Mac 2011

ELAUN BARU



Sejumlah 4,700 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara menerima kenaikan elaun berjumlah RM500.00 sebulan.
 
Pendapatan baru bagi Julai 2010 ini  membantu KRT menggerakkan aktivitinya dengan lebih cekap, aktif  dan efisen.
 
"Harapan semua KRT di seluruh negara akan bergerak lebih aktif terutama dalam aktiviti kemasyarakatan, termasuk membabitkan soal keselamatan kawasan kediaman melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS),"
 

Khamis, 24 Mac 2011

HINDARI JENAYAH

Semua orang terdedah pada ancaman jenayah. Namun sama ada kita sedar atau tidak, semua itu sebenarnya masih ada jalan penyelesaiannya. Dengan sendiri, kita perlu bersikap bestari dalam menangani keadaan...


1. Pecah Rumah & Samun

Jangan jadikan rumah sebagai sasaran mudah. Penjenayah adalah ancaman lazim kepada kediaman kita. Khabar baiknya, ia jenayah yang paling mudah dicegah kerana pecah rumah dan samun adalah jenayah ambil kesempatan. Mangsa pecah rumah dan samun sentiasa terancam. Anda boleh mengawalnya dengan menggunakan kunci dan mangga yang berkualiti serta mengambil langkah mencegah penyamun.






Langkah-Langkah Mencegah Penyamun
  • Kunci semua pintu dan tingkap.
  • Kunci setiap pintu setiap kali keluar rumah walaupun hanya sekejap.
  • Nyalakan lampu sekitar rumah termasuk lampu di pintu masuk.
  • Potong daun dan semak yang menghalang penglihatan agar pandangan lebih jelas di waktu malam dan siang.
  • Pasang sistem kawalan beramaran.
  • Simpan semua peralatan berkebun, tanggga dan benda tajam yang boleh digunakan penjenayah sebagai senjata.
  • Gunakan peralatan elektronik mengawal waktu untuk memasang dan menutup lampu.
  • Jangan sembunyikan kunci anda di bawah alas pintu atau pasu bunga.


TIPS CEGAH JENAYAH


Walaupun secara asas, umum mengetahui dan pernah mendengar atau membaca sebelum ini, beberapa info dan tips yang diperolehi kemungkinan dapat membantu pembaca-pembaca mencegah dan menghalang daripada berlakunya jenayah di persekitaran mahupun di kawasan perumahan. Maklumat ini sedikit sebanyak dapat dikongsikan demi menjaga keselamatan , harta dan nyawa.


Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah :


1. Jangan Lagak Hero!
Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut.(melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan). Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis)


2. Penyamaran sebagai polis
Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya. Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform) menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan kad kuasa mereka. Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka berwarna kuning (kad yang laminate). Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.

3. Komputer Riba dan Talifon Bimbit dalam kenderaan

Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda hatta didalam but kereta ataupun di tempat yang tersorok. Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector' atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.


4. Mengeluarkan Wang di Bank
Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk keselamatan. Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa. Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut. Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan, tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada di dalam kereta!


5. Jogging di Taman Permainan
Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang menyimpan di dalam kotak belakang motosikal. Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di kawasn tempat jogging. Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa bersamasama dengan beg kecil (porsh bag).


6. Penempatan Atau Kawasan Perumahan Yang Ada Kumpulan Orang ujang
Jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama yang dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi alamat lengkap mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal ini akan dirahsiakan. Polis akan memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta kerjasama kumpulan bujang tersebut kad pengenalan dan maklumat diri untuk direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis. Polis sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan jenayah dan operasi mereka ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain untuk meneruskan operasi mereka.


7. Pencegahan Maksiat
Sekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang kuasa polis tetapi di dalam pengutakuasaan jabatan agama Islam di negeri masing-masing. Hubungi Jawi atau penguatkuasa kawasan masing-masing jika berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan meminta kerjasama polis dalam hal ini.


8. Tangkapan Awam
Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan dinasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian hotline.


9. Wanita dan Beg Tangan
Wanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan anda berada di sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan raya. Bagi beg tangan yang panjang anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.


10. Bercuti di Musim Perayaan
Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu musim perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di kawasan dan rumah anda.


11. Kesalahan Memegang Kad PengenalanOrang Lain
Sekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan diri orang lain @ kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluarga, jika ditahan polis anda boleh didakwa.


12. Piawaian Polis Tiba di Lokasi Kejadian
Piawaian masa PDRM seluruh Malaysia ialah mereka akan memberi respon kepada aduan atau laporan anda (bagi kes jenayah berat seperti pergaduhan, pembunuhan, rompakan, rogol, samun, pecah rumah dsb) dengan tiba ke tempat kejadian dalam masa 15 minit. Bagi Polis Tasek Gelugor, masa tiba ke tempat kejadian ialah 12 minit. Jika melepasi waktu tersebut, anda di nasihatkan untuk menghubungi semula pihak polis untuk memaklumkan kelewatan. Untuk maklumat lanjut atau melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis berdekatan ataupun talian 999.  (Pastikan nombor telefon balai polis berdekatan ataupun nombor telefon hotline disimpan dalam telefon bimbit anda)

Selasa, 22 Mac 2011

PERANAN

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.

Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

SEJARAH

Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.

Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.

ZON RT TAMAN SEPADU

KAWALAN ZON  KESELAMATAN
(12-03-2011)
TAMAN SEPADU TASEK GELUGOR
(View Larger Zone)



PETA SATELITE TAMAN SEPADU
TASEK GELUGOR, PULAU PINANG



Isnin, 21 Mac 2011

WAKTU MUSTAJAB DOA

Sumber EPondok
Allah SWT berfirman bermaksud: 
“Mohonlah (berdoalah) kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonan (doa) kamu itu.” (Surah Ghafir, ayat-60)
Dalam surah al-Baqarah ayat 186 bermaksud: 
“Aku perkenankan doa orang yang berdoa apabila ia memohon (berdoa) kepada-Ku.”

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: “Doa itu adalah ibadat.”
Ibnu ‘Atha’ berkata: “Doa itu mempunyai beberapa rukun (sendi) yang kuat, mempunyai beberapa sayap mampu naik ke langit tinggi, mempunyai beberapa sebab menyebabkan diterimanya. Menurutnya lagi, rukun doa itu ialah hadir hati bila berdoa serta tunduk menghinakan diri kepada Allah SWT. Sayapnya ialah berdoa dengan sepenuh kemahuan dan keikhlasan yang timbul daripada lubuk jiwa dan bertepatan dengan waktunya. Sebab ia diterima ialah berselawat kepada Nabi sebelum berdoa.

Satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tuhan kita turun ke langit dunia ketika malam tinggal sepertiga yang akhir. Maka Tuhan berkata: “Sesiapa berdoa kepada-Ku maka Aku akan perkenankan doanya, sesiapa meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, sesiapa meminta ampun maka Aku ampuni dia.”

Hadis lain menyatakan: “Pada waktu malam, sesungguhnya ada satu masa jika seseorang Muslim memohon kepada Allah kebajikan dunia dan akhirat, nescaya Allah SWT mengkabulkannya.

Secara ringkas, waktu berdoa mustajab ialah:

# Ketika turun hujan.
# Ketika hendak memulakan solat dan sesudahnya.
# Ketika menghadapi barisan musuh dalam medan peperangan.
# Pada waktu tengah malam.
# Di antara azan dan qamat.
# Ketika iktidal akhir solat.
# Ketika sujud dalam solat.
# Ketika khatam (tamat) membaca al-Quran 30 juzuk.
# Sepanjang malam, terutama sekali sepertiga yang akhir juga waktu sahur.
# Sepanjang hari Jumaat kerana mengharap bertemu dengan saat diperkenankan doa (ijabah) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
# Antara Zuhur dengan Asar dan antara Asar dengan Maghrib.
Selain itu, tempat utama mustajab doa pula adalah :
# Ketika melihat Kaabah
# Ketika melihat Masjid Rasulullah SAW.
# Ketika melakukan tawaf.
# Di Multazam.
# Di telaga Zamzam.
# Di Kaabah.
# Di belakang Makam Ibrahim.
# Di Bukit Safa dan Marwah.
# Di Arafah, Muzdalifah, Mina dan berhampiran Jamrah (tempat melontar).
# Tempat mulia seperti masjid, surau dan lain-lain.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Tuhanku sudah memerintahkan supaya berlaku adil dan mendirikan solat pada setiap masjid serta berdoalah kamu kepada-Nya dengan mengikhlaskan taat kepada-Nya. Bagaimana Tuhan sudah menjadikan kamu pada permulaan, begitu pulalah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-A’raf ayat 29)

Islam sangat menyukai kita berdoa untuk seseorang yang jauh daripada kita. Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Doa seorang Muslim (untuk kebaikan) saudaranya (Muslim) yang jauh adalah mustajab.” Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Pada sisi orang berdoa itu berdirinya seorang Malaikat. Setiap kali ia berdoa kebaikan untuk saudara Muslimnya, maka Malaikat yang ditugaskan itu berkata: “Amin (memohon agar doa itu diperkenankan) dan bagimu seumpamanya.”
Begitu juga kita disuruh mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang diberikan kepadanya kebajikan, lalu ia mendoakan orang itu dengan menyebut ‘Jazakallahu khairan’ (mudah-mudahan Allah SWT membalasmu dengan kebajikan yang lebih baik), maka seseorang itu sudah memenuhi hak sanjungan. (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Dan sesiapa membuat kebajikan (makruf) kepadamu, maka balaslah kebajikan itu. Jika engkau tidak sanggup membalasnya, maka berdoalah untuknya sehingga terasa kamu membalas kebajikan orang itu dengan sesempurnanya. Wallahua’lam.

WAJIB JAGA HAK JIRAN TETANGGA

Oleh Mohd Rizal Azman Rifin
ISLAM sebagai cara hidup memberi fokus kepada setiap perkara membabitkan keperluan umatnya termasuk adab hidup berjiran kerana selain keluarga, seseorang mukmin diingat supaya menjaga serta memelihara hubungan dengan jiran tetangga.

Semangat kejiranan dalam masyarakat negara ini secara umumnya dilihat masih kental namun, tidak dinafikan wujud persekitaran di mana sikap tidak mengambil kisah mengenai kebajikan jiran sekeliling semakin ketara.
Justeru, masyarakat perlu menghayati kembali suruhan agama supaya memelihara hubungan kejiranan sebagai satu cara ke arah perpaduan ummah. Tambahan, kawasan perumahan kebanyakannya dihuni penduduk pelbagai bangsa.

Nabi SAW menunjukkan contoh teladan membina kerukunan hidup berjiran termasuk mengambil berat dan hidup rukun bersama jiran tetangga.

Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW berkunjung menemui Abu Zar yang sedang memasak kuah lalu Baginda berkata: “Wahai Abu Zar , jika kamu memasak perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tetanggamu daripada masakanmu itu dengan baik.”

Islam menekankan hubungan baik sesama tetangga demi melahirkan suatu kehidupan dalam masyarakat yang harmoni. Mungkin barang yang kita sedekah atau berikan kepada jiran tidak seberapa tetapi nilai ganjaran pahala di sisi Allah sangatlah besar.

Di samping itu, pemberian seumpama itu juga akan mencetuskan nilai kasih sayang sesama manusia. Jibril selalu berpesan kepada Nabi SAW mengenai jiran dan tidak sempurna status iman seseorang seandainya tidak berbuat baik terhadap jiran.

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)

Pesanan Nabi SAW menunjukkan bahawa kehidupan seseorang mukmin tidak sempurna pada kaca mata Islam seandainya hubungan dengan jiran tetangga tidak dipelihara dengan baik serta hidup dalam harmoni.
Perubahan zaman menyebabkan masyarakat khususnya yang tinggal di bandar kurang berinteraksi dengan jiran. Kesibukan kerja dengan waktu tidak menentu mendorong melakukan hal masing-masing.
Bagaimanapun, itu bukan alasan mengetepikan tanggungjawab terhadap jiran kerana pasti ada cara bermesra dengan jiran yang tinggal di sebelah atau berhampiran rumah kita. Senyum atau melambai tangan sudah memadai untuk memberitahu jiran kita mengenali mereka.

Bagi perumahan berpagar yang mempunyai perkhidmatan kawalan keselamatan, semangat kejiranan boleh dipupuk melalui pertubuhan Jawatankuasa Persatuan Penduduk yang bertanggungjawab mengambil berat kemaslahatan penduduk taman berkenaan.

Melalui persatuan penduduk juga, pelbagai program dapat digerakkan bagi mengeratkan hubungan dan penduduk juga jangan mengasingkan diri atau enggan membabitkan diri dalam program kemasyarakatan yang dianjurkan.

Kehidupan berjiran secara positif seperti dianjurkan Islam mampu mencegah jenayah dalam masyarakat setempat. Ini kerana semua pihak harus mengambil berat dan saling membantu. Keadaan seperti ini menyukarkan pihak yang ingin melakukan jenayah seperti kecurian.

Pembinaan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram dengan amalan berjiran yang baik seharusnya diperkasakan oleh setiap umat Islam. Jangan biarkan kepentingan diri menenggelamkan hubungan dengan jiran tetangga.

Umat Islam dilarang menyakiti jiran termasuk bukan Islam walaupun mereka bersikap sombong atau tidak mesra. Sebaliknya, tunjukkan contoh yang baik dan sentiasa mengambil berat keperluan jiran serta membantu apabila diperlukan

 

MUTIARA KATA

-MUTIARA KATA-
Mengenai Jiran

Nabi Muhammad s.a.w
 bersabda: 
"Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" 
(Riwayat Muslim)


Nabi Muhammad s.a.w
 bersabda: 
"Siapa yang benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" 
(Riwayat Bukhari)


Nabi Muhammad s.a.w   
bersabda: 
"Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku" 
(Riwayat Bukhari)

KENALI JIRAN ANDA

Buat baiklah dengan jiran-tetangga anda kerana agama menggalakkannya dan anda mungkin memerlukan bantuan mereka pada masa akan datang. Jiran-tetangga adalah orang pertama yang boleh membantu anda sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku di rumah anda. Sekiranya berlaku kecemasan, masa dapat dijimatkan dengan meminta bantuan jiran daripada terpaksa menunggu bantuan dari luar.

Luangkan masa untuk mengenali jiran-tetangga anda dengan menghadiri kenduri yang mereka adakan, menyertai jemaah dan aktiviti surau atau dengan hanya menegur dan bertanya-khabar dengan mereka tatkala bertembung di jalanan.

Imam Muslim melaporkan sebuah hadith daripada Abu Dharr yang bermaksud,

Nabi memerintahkan yang demikian kepada saya: Ketika anda membuat sup, tambahkan air padanya, dan ingatlah kepada ahli jiran-tetangga anda dan berikan sebahagian sup kepada mereka sebagai tanda kesantunan terhadap jiran.

Hadith ini menunjukkan Nabi menggalakkan umatnya untuk menyantuni jiran-tetangga, salah satu cara ialah dengan melebihkan masakan untuk diberikan kepada mereka.

AKTIVITI RT

Aktiviti RT Taman Sepadu, Tasek Gelugor

Pameran Setempat
Alatan Gotong Royong























Sebagai NGO kerajaan Rukun Tetangga Taman Sepadu dapat menjalankan banyak aktiviti kemasyarakatan seperti :

  • Taklimat Keselamatan
  • Pertandingan Kibar Jalur Gemilang
  • Ceramah Forum Perdana
  • Sambutan Hari Raya Aidil Fitri
  • Majlis Sambutan Israk Mikraj
  • Sambutan Hari Raya Aidil Adha
  • Majlis Ramah Mesra
  • Sambutan Hari Kemerdekaan
  • Karnival Futsal 
  • Smart Solat 
  • Gotong Royong

 Dalam mengeratkan silatulrahim antara penduduk banyak perkara dapat dijalankan bersama di kawasan Rukun Tetangga Taman Sepadu seperti : -
  1. Hal Kebersihan
  2. Hal Aktiviti Masyarakat Setempat
  3. Aktiviti Sosial

ORGANISASI RT

Carta Organisasi Komuniti Rukun Tetangga
Taman Sepadu, Tasek Gelugor 2011






PONDOK KAWALAN

 KEDUDUKAN PONDOK  KAWALAN MENGIKUT KAWASAN 
TAMAN SEPADU,  TASEK GELUGOR



Terdapat 5 pondok kawalan yang dijadikan sebagai post strategik bagi memantau lokasi kediaman dalam keadaan baik & selamat. Selain mencegah  kegiatan kecurian, pecah rumah, ragut & maksiat, tempat ini juga dijadikan sebagai lokasi muzakarah diantara penduduk.

Setiap rekabentuk pondok kawalan ini adalah mengikut inisiatif & kreativiti tersendiri. Pelbagai bentuk dan idea dapat disaksikan hasil keringat dan usaha penduduk.
Dengan semangat permuafakatan pakatan sepadu, banyak kegiatan dan aktiviti sosial dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. 

Semoga semangat kejiranan dan kemuafakatan ini dapat diteruskan selamanya..



-  ERATKAN PERPADUAN, ELAKKAN PERPECAHAN -

TALIAN HOTLINE

TALIAN HOTLINE KOMUNITI
Taman Sepadu, Tasek Gelugor




  PEJABAT POS    
Nama - Pejabat Pos Tasek Gelugor
Alamat - 2734, Jalan Besar, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara
No. Telefon -
04-5731202
     
BALAI POLIS    
Nama - Balai Polis Tasek Gelugor
Alamat - Jalan Hashim Awang,13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara
No. Telefon - 04-5731200
     
Nama - Ibu Pejabat Polis Daerah S.P.U
Alamat - Jalan Bertam 1, 13200 Kepala Batas
No. Telefon - 04-5762222
     
  BALAI BOMBA    
Nama - Balai Bomba Kepala Batas
Alamat - Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas
No. Telefon - 04-5754444
     
  BANK    
Nama - Bank Simpanan Nasional
Alamat - BSN Cawangan Tasek Gelugor, Jalan Besar Tasek Gelugor , 13300 Tasek Gelugor
No. Telefon - 04-5731929
     
Nama - Bank Pertanian Malaysia
Alamat - Kompleks Tasek Gelugor, 13300 Tasek Gelugor, S.P.U
No. Telefon - 04-5732386
     
Nama - Bank Islam Malaysia
Alamat - Kepala Batas Service Outlet, No. 2146 & 2147, Tingkat Bawah, Jalan Bertam , 13200 Kepala Batas
No. Telefon - 04-5755517
No. Faks - 04-5753986
     
     
  SYARIKAT GUAMAN    
Nama - Roslie Irwan dan Hilmy
Alamat - Peguambela & Peguamcara, D-2 Kompleks Tasek Gelugor, 13300 Tasek Gelugor.
No. Telefon - 04-5731919
     
     
  KOPERASI    
Nama - Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Bhd.
Alamat - No. 10 Lorong Saga Satu, Taman Saga,13300 Tasek Gelugor
No. Telefon - 04-5736442
No. Faks - 04-5737468
     
Nama - Koperasi Guru Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Alamat - 2641, Taman Haji Ahmad Jamil, 13300 Tasek Gelugor
No. Telefon - N/A
     
  Yayasan TEKUN Nasional    
Pegawai dihubungi - Mohd Azahari Yaakob
Alamat - UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Dewan Masyarakat Penyayang, Jln. Hashim Awang,
    13300 Tasek Gelugor.
No. Telefon - 04-5736793
     

TIPS CEGAH JENAYAH


Tips Menghalang Jenayah

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan  anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

GUAMAN & UNDANG2

Pencegahan Jenayah Keganasan Rumahtangga

Maksud Keganasan Rumahtangga

Keganasan rumahtangga mengikut tafsiran Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (akta 521) adalah pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut :-
·        Secara bersenjata atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
·        Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;
·        Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan;
·        Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau
·        Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu oleh seseorang terhadap :-
 
o       Isteri atau suaminya;
o       Bekas isteri atau suaminya;
o       Kanak-Kanak;
o       Orang dewasa tidak berkeupayaa; atau
o       Mana-mana anggota lain keluarga

Siapa Yang Terlibat

Sila rujuk kepada para (v) - (a-e)

Bagaimana Hendak Membuat Laporan

Sesiapa juga yang mengetahui ada kejadian keganasan rumahtangga berlaku atau sesiapa yang menjadi mangsa boleh membuat laporan di mana-mana balai polis. Laporan polis boleh ditulis sendiri oleh pengadu atau meminta bantuan dari anggota polis yang bertugas di pejabat pertanyaan di balai berkenaan.

Hak Mangsa

Mangsa keganasan rumahtangga mendapat perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994 mengikut seksyen-seksyen berikut :-

Seksyen 4 - Perintah Perlindungan Interim
1.     Mahkamah boleh, sementara menunggu penyiasatan berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumahtangga, mengeluarkan perintah perlindungan interim yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumahtangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa tak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu.
2.     Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah selesainya penyiasatan.
Rumah Perlindungan

Mangsa-mangsa keganasan rumahtangga boleh mendapatkan perlindungan sementara sama ada disediakan oleh :-
        i.           Jabatan Kebajikan Masyarakat
       ii.           Badan-Badan Bukan Kerajaan

Lain-Lain Perkara Berkaitan

Mangsa keganasan rumahtangga perlu sedar bahawa mereka yang teraniaya mendapat perlindungan dan pembelaan di bawah undang-undang.

Curi Kenderaan

Tempat di mana kecurian kerap berlaku
·        Tempat letak kereta awam
·        Komplek membeli-belah
·        Di hadapan rumah, tepi jalan raya
·        Tempat letak kereta di hotel-hotel

Faktor berlaku kecurian

·        Tidak dikunci
·        Tiada kunci tambahan
·        Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
·        Meninggalkan barang berharga di motosikal

Bagaimana mencegah kecurian kereta

·        Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
·        Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
·        Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang berlampu
·        Pastiakn anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis
·        Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
·        Adalah lebih baik untuk menukir nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')

Bagaimana mencegah kecurian motosikal

·        Letak motosikal ditempat yang dikhaskan
·        Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya
·        Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu
·        Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri
·        Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat

Ragut & Seluk Saku

Tempat di mana sering  berlaku

·        Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan dilorong sunyi
·        Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal
·        Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.

Bagaimana boleh berlaku

·        Menimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
·        Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
·        Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
·        Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.

Cara Pencegahan

·        Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
·        Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
·        Bagi lelaki, dompet elok disimpan diadalam kocek berbutang.
·        Jangan biarkan beg tangan diletak ditampat yang mudah diacapai oleh orang lain ketika membeli-belah.
·        Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
·        Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
·        Elakkan dari berjalan ditampat yang deak dan berebut-rebut.

Gangsterism di Sekolah

Faktor Pelajar Terjerumus

·        Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat disekolah atau diluar sekolah.
·        Remaja atau pelajar yang kurang keyakian pada diri sendiri ("low self-esteem").
·        Direkrut secara paksa oleh anli-ahli kongsi gelap.
·        Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.

Langkah Pencegahan

·        Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah:pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
·        Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat.
·        Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengsyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" disekolah.
·        Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis.
·        Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan keatas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.
·        Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang kerktornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.
·        Pelajar hendaklah mengisi mas lapang dengan aktiviti yang bermanafaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakat dan lain-lain.

Rogol

Bagaimana boleh berlaku?

·        Perogol biasanya menyerang mangsa yang keseorangan di tempat sunyi
·        Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
·        Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
·        Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.

Bagaimana mengelakkannya?

·        Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
·        Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
·        Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
·        Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas,stesyen bas dan sebagainya).
·        Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.

Pecah Rumah

Bagaimana boleh berlaku 

·        Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
·        Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
·        Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
·        Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
·        Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
·        Menggunakan kunci pendua.

Sebab Berlaku Pecah Rumah

·        Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
·        Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
·        Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
·        Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar yang tidak dihentikan.
·        Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan

·        Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan
·        Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
·        Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
·        Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
·        Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
·        Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
·        Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
·        Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah

Dadah

Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia

Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah tiba di tahap serius dan dianggap sebagai ancaman utama negara mengambilalih ancaman komunis yang telah meletak senjata. Di antara faktor-faktor yang meletakkan penyalahgunaan dadah sebagai ancaman utama negara ialah :-
·        jumlah penagih yang didaftar lebih kurang 200,000 orang;
·        jumlah wang yang terlibat untuk pemulihan;
·        kos rawatan, perubatan, tenaga kerja yang hilang;
·        kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah.
Malaysia terlalu dekat dengan Golden Triangle iaitu kawasan terbesar di dunia yang mengeluarkan pelbagai jenis dadah. Pengedaran dadah, jenis candu, heroin dan ganja adalah dari kawasan Golden Triangle masuk ke Malaysia melalui Thailand. Pengaliran dadah sintetik seperti dadah syabu adalah daripada negara Filipina, dan ecstacy dari negara-negara Eropah.

Penguatkuasaan

Dasar penguatkuasaan kita adalah menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan terhadap pengguna-pengguna dadah. Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk tujuan penguatkuasaan.

Hukuman

Sehingga tahun Jun 1999, seramai 209 orang telah menjalani hukuman gantung sampai mati, manakala seramai 270 rakyat Malaysia dan 26 orang rakyat asing masih menunggu hukuman gantung sampai mati.

Kesan Buruk Najis Dadah

·        Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)
·        Mengakibatkan kematian mengejut
·        Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan
·        Risiko jangkitaj AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakn alat suntikan yang kotor.
·        Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi sonsang, lahir belum cukup umur, kematian bayti semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan.
·        Melemah dan merosalan daya pemikiran,pemahaman,percakapan,perngiraan dan kebolehan menyelesaiakn masalah.
·        Melemahkan aktiviti otak,terutama daya menyelesaikan maslah, budibcara dan penganilasaan.

Peranan Ibubapa Membasmi Dadah

·        Menagamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga
·        Mebri kasih sayang yang sanma rata kepada semua ahli keluarga
·        Menjadikan diri anda sebagai contoh yang baik.
·        Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.
·        Sentiada bersedia berkomunikasi fan mendengar masalah anak-anak.
·        Peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak danrakan sebaynya.
·        Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang talah ditetapkan.
·        Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis dadah dan melaporkan kepada pihak polid jika terdapat prgerakan yang mencurigakan..
·        Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli keluarga.