:: KRT TAMAN SEPADU ADALAH DI BAWAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL TERLETAK DI TASEK GELUGOR, PULAU PINANG ::
-"Ramadhan Diinsafi", "Merdeka diHayati"-
"Stiker Kenderaan Taman Sepadu dibuka untuk jualan, Tel:019-4484996 Kereta (RM5) Motosikal (RM3)"

Isnin, 21 Mac 2011

SALAM SEJAHTERA



"ERATKAN PERPADUAN, ELAKKAN PERPECAHAN"


Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia..

07hb. Feb 2011, pembukaan blog tidak rasmi RT Taman Sepadu, Tasek Gelugor

Di sini anda boleh berkongsi pandangan dan pendapat bagi memantapkan lagi institusi kemasyarakatan.
Dalam keadaan yang semuanya berjalan pantas. Rukun Tetangga sebagai media kemasyarakat perlu memainkan peranan yang lebih agresif terutamanya untuk menangani masalah sosial sekitar kawasan pemastautin kita. Justeru itu KRT sesuatu kawasan itu perlu dapat memberikan info dan maklumat terkini kepada semua masyarakat.

Dalam usaha menjaga keselamatan dan memupuk semangat perpaduan di Taman Sepadu, Tasek Gelugor,  penduduk kawasan ini mengambil inisiatif menubuhkan  Rukun Tetangga (RT).
 
Dengan penubuhan sejak dua tahun yang lepas taman ini mampu menjadi platform bagi penduduk setempat untuk berkongsi dan menyalurkan masalah demi kebaikan bersama.
Secara amnya RT Taman Sepadu ini ditubuhkan untuk mengawal keselamatan penduduk setempat daripada kegiatan jenayah seperti pecah rumah serta kenderaan dan ragut yang berlaku, seterusnya membendung kejadian jenayah yang lebih serius.






Penubuhan ini juga boleh menjalinkan aktiviti yang membabitkan masyarakat setempat seperti gotong-royong, sukaneka dan sambutan perayaan.

1 ulasan: