Ahli Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) tidak perlu bimbang mengenai kebajikan mereka kerana mereka dilindungi insurans yang diuruskan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Perlindungan insurans ini meliputi kematian, kemalangan dan bantuan keperluan harian yang akan melindungi ahli RT dan SRS setiap masa. (24 Jam dilindungi)
Setiap ahli RT dan SRS akan mendapat perlindungan keselamatan diri yang akan diuruskan JPNIN bagi memastikan kebajikan mereka terbela dan ahli keluarga mendapat bantuan sewajarnya.
“Walaupun ramai masyarakat yang menganggap penubuhan RT dan aktiviti SRS ini adalah secara sukarela namun pada hakikatnya kebajikan ahli dan waris dijaga sekiranya berlaku kehilangan nyawa dan kemalangan.
“Sememangnya kita akui kerja RT dan SRS ini tidak mempunyai gaji mahupun elaun yang diberikan namun ahli RT dan SRS akan tetap mendapat perlindungan insurans yang akan diuruskan jabatan JPNIN.
RT dan SRS sentiasa mementingkan sumbangan masyarakat dengan nilai perpaduan tanpa mengira tempat dan bangsa kerana apa yang paling utama ialah perpaduan.
Berikut adalah laporan & tuntutan insuran kemalangan melalui insuran kelompok AJK RT/ SRS bagi negeri Selangor untuk rujukan anda.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Takaful Ihklas di www.takaful-ihklas.com.my
Berikut adalah laporan & tuntutan insuran kemalangan melalui insuran kelompok AJK RT/ SRS bagi negeri Selangor untuk rujukan anda.
BIL | NAMA | KRT | KEMALANGAN | TUNTUTAN | JUMLAH |
1 | Zakarian B. Basiron | KRT Seksyen 5 Hulu Langat | Kemalangan Jalanraya | Meninggal Dunia | RM18000 |
2 | Fahrizul B. Sarjuni | KRT Parit Baru Sabak Bernam | Kemalangan Jalanraya | Meninggal Dunia | RM18000 |
3 | Md Jailani B. Nasir | KRT Zon C (Dahlia Apartment) | Terjatuh Dari Bumbung | Cedera | RM103 |
4 | Muhammad Noor B. Borhan | KRT Zon B Taman Putra Perdana | Terjatuh Bersukan | Cedera | RM40 |
5 | Thanaletchumy A/P P.Alagirisamy | KRT SS19/A Subang Jaya | Dihempap Kipas | Cedera | RM500 |
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Takaful Ihklas di www.takaful-ihklas.com.my
- MASYARAKAT CEMERLANG, JIRAN GEMILANG -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan