:: KRT TAMAN SEPADU ADALAH DI BAWAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL TERLETAK DI TASEK GELUGOR, PULAU PINANG ::
-"Ramadhan Diinsafi", "Merdeka diHayati"-
"Stiker Kenderaan Taman Sepadu dibuka untuk jualan, Tel:019-4484996 Kereta (RM5) Motosikal (RM3)"

Selasa, 12 April 2011

KOLEKSI AKHBAR

 KERATAN AKHBAR


 
 





 Sumber : Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

Isnin, 11 April 2011

TAKTIK BARU PEROMPAK


Mesej Penting untuk semua golongan wanita yang mahu ke tempat kerja, sekolah atau kolej seorang diri. Jika terjumpa kanak-kanak sedang menangis di jalanan sambil menunjukkan anda alamat tinggalnya dan meminta anda membawanya ke tempat tersebut, tolong bawa kanak-kanak itu ke Balai Polis berhampiran.

Jangan sesekali pergi ke alamat yang ditunjukkan itu kerana ini taktik baru kumpulan yang ingin merompak, menculik atau merogol anda.

Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda

Sumber D9 Bukit Aman

Sabtu, 2 April 2011

JANGAN SAKITI JIRAN

KEMANTAPAN dan keutuhan masyarakat bergantung kepada ketinggian budi pekerti. Dengan adanya adab kesopanan dan budi pekerti tinggi menjadikan seseorang manusia itu dihormati serta disegani masyarakat.

Sudah menjadi lumrah manusia yang hidup di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain. Justeru, demi kepentingan hidup yang boleh menjamin ketenteraman dan kebahagiaan, Islam menggariskan beberapa peraturan hidup bermasyarakat.

Salah satu daripadanya, menghormati dan berbuat baik kepada jiran tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal dalam satu bangunan, mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dan yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah daripada rumah kita.

Islam menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah cara hidup Islam. Umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dengan jiran demi mewujudkan kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Ia secara tidak langsung memberi kemudahan menyelesaikan masalah yang timbul.
Tuntutan supaya berbuat baik dengan jiran dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim dan orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh.” (Surah an-Nisa’, ayat 36)

Perkara itu juga dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku mengenai jiran tetangga sehingga aku menyangka bahawa beliau (iaitu jiran) yang akan mewarisinya (pusaka).” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Usaha mewujudkan suasana kerukunan hidup berjiran pada masa kini menghadapi sedikit kesulitan kerana hakikat kehidupan dikelilingi manusia yang mempunyai pelbagai pandangan, gaya, sikap, akhlak, perangai, bahasa, budaya dan politik berbeza.

Walau bagaimanapun, perkara itu dapat diatasi jika masing-masing mengamalkan dan menghayati sikap berlapang dada, bertolak ansur, saling memahami, meningkatkan kesabaran, bertukar pendapat, mencari titik persamaan dan mengeratkan hubungan yang renggang dengan penuh hikmah serta kasih-sayang.
Di samping itu, sikap negatif seperti buruk sangka, iri hati, dengki dan fitnah perlu dikikis dan dijauhkan. Usaha memupuk semangat kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan.

Betapa pentingnya hubungan kejiranan itu apabila dikaitkan dengan iman. Keimanan seseorang masih belum sempurna jika tidak menghormati dan kasih jirannya. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.” (Hadis riwayat Muslim)

Keimanan seseorang tidak sempurna jika dia menyakiti jirannya, sama ada melalui celaan, memfitnah dan buruk sangka.Mencegah daripada menyakiti dan melakukan penganiayaan terhadap jiran adalah antara hak jiran yang perlu dijaga.

Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, perlu melihat kepada kelebihan hidup berjiran. Antaranya, saling bantu-membantu ketika berlaku kecemasan atau di timpa musibah.
Sebagaimana dijelaskan, jiran adalah orang yang tinggal paling hampir dengan rumah kita. Segala perkara yang berlaku terlebih dulu diketahui jiran. Kerana itu, jiran adalah orang paling dekat untuk memohon pertolongan ketika ditimpa musibah seperti kebakaran, kecurian atau kematian.
Pertolongan seperti inilah yang diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya hubungan yang kuat antara jiran dapat melahirkan suasana seperti ini. Melindungi jiran daripada kesusahan adalah budi pekerti tinggi pada pandangan Islam.
Selain itu, hidup berjiran dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kenalan. Jiran yang tinggal berhampiran mempunyai latar belakang berbeza seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya dan adat resam.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Mempunyai ramai kenalan rapat, terutama dalam konteks hidup berjiran banyak memberi manfaat, antaranya mendapat tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru atau pensyarah; mendapat nasihat kesihatan berjirankan doktor; membaiki kerosakan kenderaan jika berjirankan mekanik.
Berikutnya, jiran sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah dan samseng. Ia dapat dilakukan melalui pembentukan rukun tetangga, jawatankuasa keselamatan kawasan atau kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti ini sangat digalakkan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)
Jelaslah kepada kita penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran serta kesejahteraan negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana jika kita belum menjadi jiran yang baik terlebih dulu. Walau sebesar mana sekalipun arus perubahan melanda masyarakat kita, semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan.

Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan persaudaraan Islam dan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan mendapat keberkatan daripada Allah adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan serta kebinasaan.

Sumber: Mohd Shukri Hanapi

Jumaat, 1 April 2011

APRIL FOOL

 
FATWA & HUKUM MENYAMBUT - APRIL FOOL
 
Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud.Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

BURUK SANGKA

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan buruk
Ada sangkaan baik


Orang yang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang bersedekah, disangka menunjuk
Orang yang diam, disangka sombong
Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang yang muzakarah, disangka mengumpat


Jauhi sikap bersangka-sangka
Jangan beranggapan buruk kepada seseorang sedangkan kita tidak mengetahuinya
Jauhi sikap bersangka-sangka
Kerana ia meruntuhkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api

Satu benda yang kita lihat
Pelbagai kesimpulan dapat kita buat

Apabila kita memandang keluar
Ada orang melihat orang
Ada orang melihat tempat
Ada orang melihat pokok
Ada orang melihat kereta
Ada orang melihat awan
Ada orang melihat jiran
Ada orang melihat matahari

Hakikatnya semua orang melihat benda yang sama
Semua bergantung kepada apa yang kita lihat
Apapun niat yang bersih dan hati yang putih
Bagi orang-orang yang berfikir..
Renung-renungkanlah

KEKUATAN DOA


Allah S.W.T berfirman,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (البقرة: 186)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” (Al-Baqarah: 186).

Dan Allah S.W.T berfirman,

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Al-Mukmin: 60).

Diriwayatkan dalam kitab at-Tirmidzi dari Ubadah bin ash-Shamit R.A, bahwa Rasulullah S.A.W bersabda,

مَا عَلَى وَجْهِ اْلأَرْضِ مُسْلِمٌ يَدْعُو اللهَ بِدَعْوَةٍ، إِلاَّ آتَاهُ اللهُ إِيَّاهَا، أَوْ صَرَفَ عَنْهُ مِنَ السُّوْءِ مِثْلَهَا، مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ. فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: إِذًا نُكْثِرُ؟ قَالَ: اللهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang Muslim di muka bumi ini yang berdoa kepada Allah dengan sebuah doa melainkan Allah pasti memakbulkan permintaannya, atau Allah menyingkirkan keburukan darinya (sebagai gantinya) dengan sebesar permintaannya (dari segi kualiti dan kuantiti), selama dia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau minta untuk memutuskan silaturrahim’. Maka seorang laki-laki dari suatu kaum berkata, ‘Kalau begitu kami akan memperbanyak (doa)’. Nabi menjawab, ‘Allah (memiliki pemberian) lebih banyak (daripada permintaanmu) ~Abundance~’.”

Takhrij Hadits: Hasan Shahih. Diriwayatkan oleh Ahmad 5/329; at-Tirmidzi, Kitab ad-Da’awat, Bab Fi Intizhar al-Faraj, 5/566, no. 3573; Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya`5/137; al-Baihaqi dalam asy-Syu’ab, no. 1131; al-Baghawi, no. 1387: dari jalur Muhammad bin Yusuf, Ibnu Tsauban menceritakan kepada kami, dari ayahnya, dari Makhul, dari Jubair bin Nufair, dari Ubadah dengan hadits tersebut.
Abu Nu’aim berkata, “Zaid bin Waqid dan Hisyam bin al-Ghaz meriwayatkannya dari Makhul semisalnya”. Saya berkata, “Ath-Thabrani meriwayatkan mutaba’ah ini dalam al-Mu’jam al-Ausath, no. 147, dan juga dalam ad-Du’a`, no. 86 dari jalur Maslamah bin Ali dari keduanya. Maslamah ini adalah seorang yang matruk (ditinggalkan) maka mutaba’ahnya tidak bernilai sedikit pun. Al-Baghawi mengatakan hadits tersebut, “Hadits hasan gharib”. Saya berkata, “Disebabkan oleh Ibnu Tsauban maka di dalamnya terdapat pembicaraan, tapi ia tidak turun dari derajat hasan. At-Tirmidzi berkata, dan kemudian disepakati oleh an-Nawawi dan al-Albani, “Hadits hasan shahih”. Saya berkata, “Hasan shahih dengan syahidnya berikutnya.”
At-Tirmidzi berkata, “Hadits ini hasan shahih.”

Dan diriwayatkan oleh al-Hakim Abu Abdillah dalam al-Mustadrak ‘Ala ash-Shahihain dari riwayat Abu Sa’id al-Khudri, dan dia menambahkan di dalamnya,

أَوْ يَدَّخِرَ لَهُ مِنَ اْلأَجْرِ مِثْلَهَا.

“….atau Dia menyimpankan pahala semisal untuknya.”

Takhrij Hadits: Shahih. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, no. 29161; Ahmad 3/18; Abu Ya’la, no. 1019; al-Hakim 1/493; al-Baihaqi dalam asy-Syu’ab, no. 1128 dan 1130: dari beberapa jalur, dari Ali bin Ali ar-Rifa’i, dari Abu al-Mutawakkil an-Naji, dari Abu Sa’id al-Khudri dengan hadits tersebut.Sanad ini hasan disebabkan oleh ar-Rifa’i, pada dirinya terdapat pembicaraan, tapi haditsnya tidak turun dari derajat hasan. Hadits tersebut telah dimutaba’ah, maka ath-Thabrani telah meriwayatkannya dalam al-Mu’jam ash-Shaghir, no. 1025: dari jalur Sa’id bin Basyir, dari Qatadah, dari Abu al-Mutawakkil. Dan Sa’id adalah seorang yang dhaif, apalagi haditsnya dari Qatadah. Al-Baihaqi meriwayatkannya dalam asy-Syu’ab, no. 1129: dari jalur Sulaiman at-Taimi, dari Abu ash-Shiddiq an-Naji, dari Abu Sa’id. Dan yang zahir bahwa dia tidak terjaga sebagaimana yang dikatakan oleh al-Baihaqi. Akan tetapi hadits tersebut shahih dengan terkumpulnya jalur-jalur ini. Al-Hakim dan al-Albani menshahih-kannya. Al-Mundziri dan al-Haitsami menguatkannya.

Bersabar dan Tenang / Feel good


Diriwayatkan dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W, baginda bersabda,

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُوْلَ: قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي.

“Doa akan dimakbulkan untuk setiap dari kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa (minta dimakbulkan) yang mana yang berdoa itu bertanya-tanya, ‘Saya telah berdoa, tapi mengapa masih belum dimakbulkan untukku’.” -(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, Bab Yustajabu li al-’Abdi Ma Lam Ya’jal, 11/140, no. 6340; dan Muslim, Kitab adz-Dzikr, Bab Yustajabu li ad-Da’i Ma Lam Ya’jal, 4/2095, no. 2735.)




Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ba. Titik ba letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ba bernama Har Hayaail. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan .

Mencari keberkatan doa

Doa senjata orang mukmin. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) Angkat tangan ke paras dada

2) Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan


3) Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba. Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama har hayaail. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4) Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah Ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat Nabi SAW

6) Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana Allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

AMARAN BANJIR


Ramalan Hujan Lebat 
di Pulau Pinang
Mar, 4 (Isnin)/ Mar, 5 (Selasa)

Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan tebing sungai diminta mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat pada Isnin dan Selasa depan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang berkata negeri itu dijangka menerima hujan lebat selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 1 dan 2 November ini, dan keadaan hujan dijangka membawa kesan banjir kilat di kawasan rendah.

"Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran di tahap kuning ekoran hujan lebat tanpa henti akan berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak Utara, Kedah dan Perlis selama dua hari, iaitu pada 1 dan 2 November ini ekoran perubahan monsun," katanya hari ini.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir, diminta memastikan kelancaran saliran air di longkang dan parit di tempat masing-masing.

"Orang ramai yang memerlukan bantuan untuk membersihkan longkang atau parit di kawasan perumahan, boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang menerusi talian 04-2637 637 atau Majlis Perbandaran Seberang Perai 04-5497 700", katanya.-Bernama 

Sumber : myMetro

CEGAH AEDES


TIADA AEDES TIADA DENGGI

Masaalah semasa kini adalah masaalah demam denggi. suka dengan tak suka, perkara ini perlu diatasi bersama, kita tidak boleh mengharapkan pihak berkuasa sahaja bertindak, sedengkan kita tidak melakukan tanggung jawab kita.

Adakah kita kenal nyamok Aedes ni???

Kakinya yang berbelang hitam putih, dan tabiatnya adalah :-

Hanya menggigit pada waktu pagi dan senja.
Membiak dalam air jerneh yang bertakung di dalam dan luar rumah.
Kitaran hidup Aedes ialah dari telur ke jentik-jentik, kepompong dan bertukar menjadi nyamuk dewasa dalam masa hanya 1 minggu.

Sekiranya ada tanda-tanda berikut :-

Demam kuat secara mengejut dan berterusan.
Ruam merah pada kulit.
Sakit teruk pada tulang, otot, sendi, mata dan kepala.
Hilang selera makan.
Muntah-muntah, sakit perut dan atau pendarahan pada badan, hidung dan mulut.

berkemungkinan besar anda telah dijangkiti demam denggi. Jangan tunggu lama-lama, segeralah berjumpa dengan doktor.

Apa juga, yang penting adalah melakukan langkah-langkah kawalan dan pencegahan seperti :-



1. MENGHAPUS TEMPAT PEMBIAKAN

- Tutup semua bekas menyimpan air.
- Salin, basuh dan berus hingga bersih pasu bunga, alas pasu, kolah dan
- Semua tempat takungan air.
- Bersihkan saluran air hujan.
- Pastikan halaman anda ada bekas yang boleh menakung air.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik mengikut sukatan yang ditetapkan.
(abate = 10 gram bagi 20 gelen/91 litre air setiap 3 bulan)

2. HAPUSKAN NYAMUK DEWASA


- Gunakan racun serangga di rumah.
- Pasang jaring serangga pada tingkap.
- Pastikan pihak berkuasa tempatan melakukan Semburan kabus disekitar kawasan.


Apabila kita berusaha bagi kawasan rumah kita, dan setiap orang melakukannya berterusan, kemungkinan kehidupan tanpa Aedes maka tiada DENGGI.

Sumber : Malaysia Kini